• Admin

Unsung Hero: ATM & Pasukan Perubatan Di Litar Sepang

Setiap kejohanan memerlukan pasukan perubatan untuk bersedia jika berlaku sebarang kemalangan ketika perlumbaan berlangsung.




Seperti yang kita tahu, perlumbaan motosikal sering berdepan dengan risiko kemalangan yang mudah disebabkan oleh pelanggaran, keadaan litar basah, tumpahan minyak atau kegagalan mengawal jentera ketika berada pada tahap kelajuan tinggi.


Setiap litar mempunyai pasukan perubatan yang khusus dan mengikut penganjur dan pengarah litar. Ia boleh sahaja menggunakan mana-mana pasukan seperti Bulan Sabit Merah, John Ambulance atau pasukan perubatan dari kementerian sendiri. Semua mereka cukup bagus dan menepati standard garis panduan.



Namun, Litar Sepang mempunyai keunikkan tersendiri apabila mengambil pasukan perubatan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berada di litar semasa minggu perlumbaan dan jarang mana-mana litar melakukan pendekatan sebegini.


Kenapa Angkatan Tentera?


Secara logiknya, petugas perubatan dari ATM memiliki disiplin dan tindak balas yang cukup pantas. Mereka dilatih bagaimana menangani waktu-waktu kritikal termasuk dalam situasi peperangan di medan perang. Masa dan tindakan pantas itu antara kenapa Litar Sepang menggunakan perubatan dari ATM.



Situasi kecemasan bukan perkara ringan dan ATM diajar untuk bertindak pantas mengikut keadaan. Kalau disabitkan kos, ia bukanlah isu utama bahkan kemampuan SIC untuk mendapatkan mana-mana pasukan perubatan termasuk dari luar amat senang. Isu utama adalah kesiap siagaan.


Namun, SIC bukan sahaja menggunakan pasukan perubatan dari ATM tetapi campuran dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) majoritinya. Jadi keberadaan pasukan ATM adalah tanda aras bagaimana pasukan perubatan bekerja di litar.


Bagaimana mereka bekerja?


Kita ambil sahaja situasi bekerja sewaktu perlumbaan EWC yang mempunyai yang berlumba pada tempoh masa lama.


Kalau kita perasan, 'Medical Car' akan keluar lebih awal bagi memastikan keadaan litar terkawal. Disini pihak FIM akan melakukan pemeriksaan secara rawak pada mana-mana pos perubatan. Ini termasuklah jika perlumbaan dihentikan disebabkan hujan, kemalangan dan Medical Car akan keluar pantau.



Pada kejohanan EWC tempoh hari, pasukan perubatan memerlukan 15 van ambulan untuk bersedia bagi keselurahan litar. 10 daripadanya terdapat doktor dan 5 lagi tiada doktor.


Van ambulan didatangkan dengan dua gred. Satu gred A (KKM) dan gred B (ATM). Gred ini melambangkan kelengkapan yang cukup sempurna andai terjadi kecemasan disebabkan kemalangan yang teruk. Jadi semasa mangsa dikejarkan ke hospital terdekat, mangsa kemalangan dapat dibekalkan dengan sokongan perubatan yang cukup.



Setiap kali 10 minit sebelum bermula, semua pasukan perubatan perlu berbaris untuk diperiksa secara rawak. Van ambulan harus dinyalakan lampu dan topi keselamatan dipakai. Namun bagi pegawai yang bertugas di Medical Center SIC, mereka hanya perlu berbaris.


Jika kemalangan boleh dirawat di Medical Center SIC, mangsa tidak akan dibawa segera ke hospital kerana doktor yang bertugas di lapangan cukup untuk membantu mengikut kepakaran masing-masing dengan bantuan kelengkapan bagi tujuan operasi kecil.



Setiap daripada mereka perlu ada di litar seawal jam 7.30 pagi dan perlu bersedia sehingga selesai perlumbaan. FIM merupakan sebuah badan sukan yang cukup ketat apabila melibatkan keselamatan dan semasa perlumbaan mereka akan memastikan segala persiapan sebelum perlumbaan bermula disiapkan mengikut piawaian yang gariskan pada mana-mana kejohanan.


Jadi, jika kita lihat peranan pasukan perubatan itu kecil, lihat sekali lagi. Mereka adalah unsung hero yang perlu diberi penghormatan dalam arena perlumbaan permotoran.



Kongsikan cerita ini pada semua.


Follow kami di Facebook, Twitter, Instagram @tarmacsports.


Terima kasih gaiss.





725 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020