• Admin

Valentino Rossi Sah Sertai Pasukan PETRONAS Yamaha SRT – Razlan Razali

Kemaskini: Mei 16

Bercakap pada wartawan Astro Arena, Dato’ Razlan Razali selaku prinsipal pasukan tidak menyembunyikan hakikat yang juara dunia 9 kali, Valentino Rossi hampir sah menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan oleh Fabio Quartararo yang menyertai pasukan factory 2021.


Gambar: MotoGP


“Sebenarnya kami masih menunggu Valentino untuk hubungi kami, setakat ni belum lagi tetapi kita ada beberapa perbincangan bersama Yamaha untuk bincang aspek teknikal untuk Valentino dan Morbidelli 2021.


“Tetapi cerita Valentino untuk masuk ke pasukan kita (SRT) betul, benar. Bagi saya kenapa tidak dengan Valentino Rossi yang begitu popular, yang masih berbisa lagi didalam perlumbaan. Untuk prestasi, saya fikir ia pilihan yang terbaik setakat ini. Kita bagi dia (Rossi) sampai hujung bulan ini sebenarnya untuk dia buat keputusan”.


“Rossi masih lagi berpotensi dengan jentera yang baru tahun ini dan dia masih lagi dalam kelompok 5 terbaik kalau kita ikut ujian dan gaji Valentino Rossi akan dibiayai sendiri oleh Yamaha. Kita sudah pun mengadakan perjanjian bersama Yamaha mengenai jentera yang digunakan oleh Fabio dan Franky iaitu spesifikasi A sehingga 2021.


Gambar: MotoGP


"Tetapi yang menarik ialah gaji Rossi akan dibiyai oleh Yamaha Motor Company".


Dalam pada itu, sebelum ini SRT ada mengeluarkan kenyataan bahawa Rossi tidak boleh membawa ramai mekanik mereka atas beberapa faktor. Pastinya nama yang akan dibawa bersama adalah Alex Briggs, Bernard Ansiau dan David Munoz (Crew-Chief)


Yamaha turut menawarkan jentera dan bantuan teknikal sama seperti jentera yang akan digunakan oleh Maverick serta Fabio pada 2021 nanti seandainya Rossi sertai SRT apabila SRT menandatangi 2 tahun kontrak bagi jentera Yamaha spesifikasi A.


-

Sila kongsikan untuk lebih artikel dari kami.


#TarmacSports #MotoGP #ValentinoRossi #Yamaha #SRT

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020