• Admin

Yuzy Racing Kekalkan Tayar Pirelli Bagi Pusingan 3 di Sepang.

Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan kembali beraksi di Litar Sepang Selatan untuk pusingan ketiga musim 2020 pada 2hb dan 3hb September ini.



Kali terakhir Kejuaraan Cub Prix dijalankan di atas litar sepanjang 2.61km ini adalah pada musim 2013. Elly Idzlianizar Ilias dari pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menjadi pemenang kategori perdana CP130 pada masa itu, manakala perlumbaan CP115 dimenangi Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Yamaha-CKJ dan Ahmad Syukran Aizat dari pasukan Suzuki Fortyone Racing memenangi perlumbaan Wira Akhir.


Dalam enam tahun sejak itu, banyak perubahan yang telah dilaksanakan dalam Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS. Kategori perdana baharu CP150 tidak pernah beraksi di Litar Sepang Selatan. Begitu juga kelas CP125.


“Dijangkakan bahawa kemunculan semula Litar Sepang Selatan dalam kalendar musim 2020 akan membawakan cabaran baharu kepada para pelumba dan pasukan dalam dua kategori perdana tersebut. Tahap persaingan pasti sengit kerana masing-masing sedang berlumba mencari kelebihan di litar ini,” kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.


Buat pertama kali dalam sejarah Cub Prix, perlumbaan akan dijalankan pada hari minggu, iaitu hari Rabu dan Khamis. Memandangkan SOP baharu sukan permotoran melarangkan kehadiran penonton, perlumbaan kini tidak perlu hanya dijalankan pada hari minggu sahaja.


Bagi pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing, pengalaman berlumba dalam kategori CP130 pada 2013 sedikit sebanyak memudahkan untuk pasukan menguasai litar. Melalui pelumba Zaqhwan Zaidi, pasukan Yuzy Racing pada ketika itu mendapat tempat ke-4.


Pemilihan tayar amat penting bagi mereka, pada pusingan ke-3 kali ini mereka akan kekal gunakan tayar Pirelli. Pada pusingan 1 di Sepang (Utara), Azroy Hakeem menamatkan pusingan pada kedudukan ke-3 dengan menggunakan tayar yang sama. Pemilik pasukan, Shahrol Yuzy memberi tahu:


"Pada kali ini kami tetap akan kekalkan gunakan tayar Pirelli disebabkan tayar Dunlop memerlukan sedikit penyelidikan dan ujian sebelum digunakan nanti. Mungkin selepas ujian lengkap dibuat, kami akan melihat sama ada mahu menggunakan tayar Dunlop atau tidak."

Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020