• Admin

Zaqhwan Enggan Letak Sasaran di EWC Sepang

Pelumba pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa, Md Zaqhwan Zaidi tidak mahu meletakkan sebarang sasaran apabila tampil pada Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) Sepang 8-Hours 2019 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) minggu ini.



Menurut pelumba asal Selangor itu, mereka tidak boleh berasa terlalu yakin kerana ini merupakan kali pertama SIC menganjurkan perlumbaan endurance seumpama itu.


Apa yang lebih penting katanya adalah untuk menamatkan perlumbaan dengan sempurna.


“Buat masa ini, saya memang sudah bersedia untuk mengharungi perlumbaan endurance Sepang 8-Hours ini tetapi pada masa yang sama perlu lebih waspada kerana suasananya pasti berbeza.


“Memang saya mempunyai pengalaman bersaing pada perlumbaan Suzuka 8-Hours, tetapi saya tidak boleh nak buat jangkaan situasi di Sepang nanti. Seperti yang kita maklum, ini merupakan kali pertama perlumbaan endurance dilangsungkan di Sepang,” jelas Zaqhwan ketika dihubungi hari ini.


Harapannya buat masa ini adalah agar jentera Honda CBR1000 RR yang bakal ditunggangnya pada aksi di Sepang nanti terus berada dalam keadaan stabil serta mendapat pelarasan yang terbaik.


“Pada perlumbaan endurance seperti ini kemampuan jentera amat penting dan saya yakin kru pasukan sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik,” katanya lagi.


Menurutnya lagi, dari segi kecergasan dia memang sudah berada pada tahap terbaik kerana aspek tersebut amat dituntut untuk mengharungi perlumbaan endurance.


“Saya akan mempergunakan sepenuhnya pengalaman beraksi di Suzuka 8-Hours untuk menampilkan yang terbaik di Sepang nanti dan kalau boleh, saya mahu menamatkan perlumbaan itu nanti dengan catatan masa yang lebih baik.


“Pada aksi di Sepang minggu ini, saya akan bergandingan dengan Andi Farid Idzihar dari Indonesia dan juga Somkiat Chantra dari Thailand.


“Kami sudah serasi mengharungi perlumbaan endurance seperti ini dan yakin dapat membentuk gandingan mantap dalam usaha untuk menghadiahkan sesuatu buat pasukan,” jelasnya.


Ditanya sama ada aksi di Sepang akan memberi kelebihan kepada mereka, Zaqhwan menjelaskan:


“Semua pasukan serta pelumba memiliki kelebihan masing-masing. Fokus kami hanyalah untuk menampilkan yang terbaik. Kami perlu menyesuaikan diri dengan cepat meskipun kami sudah biasa beraksi di Litar Sepang. Pasukan lain juga pasti memiliki strategi yang sama kerana venue kali ini baharu kali pertama digunakan untuk perlumbaan endurance”.


Zaqhwan antara pelumba negara paling berpengalaman beraksi dalam perlumbaan endurance dan dia telah beberapa kali membuat kemunculan di Suzuka 8-Hours.


Pengalaman yang ada pada pelumba berusia 24 tahun itu pasti mampu untuk menghasilkan yang terbaik buat pasukannya seperti mana yang pernah mereka buktikan di Suzuka pada tahun 2017.


Selain itu, Zaqhwan yang turut menggalas cabaran pasukan Honda Asia Dream Racing with Showa pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) juga memiliki rekod cemerlang, malah pernah bergelar juara keseluruhan kelas SS600cc pada edisi 2014 dan 2016.


 Musim ini, dia menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan dalam kelas ASB1000cc yang mula diperkenalkan tahun ini.


Perlumbaan Sepang 8-Hours merupakan kejuaraan baharu dalam kalender FIM Endurance World Championship (EWC) musim ini.

12 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020