• Admin

Zaqhwan Zaidi Gunakan CBR1000 RR di MSBK

Selepas sembilan bulan tanpa perlumbaan dan terpaksa mengikut nasihat pasukan untuk tidak menyertai apa-apa kejohanan awal 2020 termasuk Asia Road Racing Championship (ARRC) di Sepang, kini pelumba berusia 25 tahun itu bakal kembali ke paddock bersama pasukan Boon Siew Honda Racing Team dalam kategori MSBK1000 dalam kejohanan Malaysia Superbike Championship.


Pelumba yang berpengalaman dalam beberapa kejohanan termasuk, Endurance World Champsionship (EWC), All Japan Road Race Championship, Asia Road Racing Championship dilihat sebagai pencabar utama bagi kategori MSBK1000.


Walaupun Boon Siew Honda telah melancarkan jentera baru CBR1000RR-R yang sepatutnya digunakan oleh Zaqhwan Zaidi dalam kejohanan Asia Road Racing Championship sebelum ini, sebaliknya Zaqhwan hanya akan menggunakan jentera CBR1000 RR dalam kejohanan yang akan berlangsung hujung minggu ini.


" Saya sedikit kecewa selepas tidak dapat menyertai pusingan awal perlumbaan dalam Asia Road Racing Championship dan pembatalan kalendar kejohanan itu akibat Covid-19 dan sempadan negara diketatkan, saya reda jika tiada langsung perlumbaan bagi saya tahun ini."


" Namun saya bernasib baik apabila pasukan bersetuju menyertai Malaysia Superbike Championship walaupun hanya dua pusingan, sekurang-kurangnya memberi peluang untuk saya berlumba. Saya juga telah membuat persiapan awal dari segi kecergasan bagi menghadapi kejohanan apabila dimaklumkan sebulan awal."


Zaqhwan bersama jentera Honda CBR1000RR-R

" Mengenai jentera baru, saya memang berharap akan menggunakan jentera baru, namun disebabkan sekatan perjalanan dan masalah logistik untuk membawa jentera saya, saya tetap bersyukur dapat gunakan jentera 2019 untuk perlumbaan." kata Zaqhwan.



82 lihatan0 komen
Untitled design (23).png

Adam Norrodin Ke Podium CEV 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png