• Admin

Zarco Bakal Muncul Semula 3 Pusingan MotoGP Bersama LCR Honda ?



Johann Zarco bakal menggantikan Takaaki Nakagami untuk tiga pusingan terakhir musim 2019 mengikut laporan motorsport.com


Nakagami dilaporkan kembali merasai kesakitan pada bahu yang pernah dialami Marc Marquez musim lepas dan terpaksa melakukan pembedahan pada Disember 2018.


Mengikut fakta, proses pemulihan Marc Marquez amat perlahan dari apa yang dijangka dan memaksa Nakagami tahan kesakitan bagi selesaikan perlumbaan di halaman sendiri minggu ini.


Boss pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello memerlukan pelumba gentian dan pelumba yang paling baik untuk ketika ini adalah dengan mengambil Zarco bekas pelumba KTM untuk menggantikan tempat kosong yang ditinggalkan untuk perlumbaan di Philip Island, Sepang dan Valencia.


Zarco telah diketepikan dari apa-apa aktiviti bersama KTM setelah secara rasmi mengumumkan untuk tidak bersama lagi. Kontrak beliau sepatutnya berakhir penghujung 2020 tetapi selepas tersepit dengan prestasi yang tidak konsisten hampir separuh musim, kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

LCR dan Honda menolak untuk memberi kata dua dalam situasi ini tetapi kenyataan rasmi tentang Zarco akan menggantikan Nakagami akan dibuat dalam masa terdekat sekurang-kurangnya sewaktu perlumbaan di Motegi.


Zarco yang masih dibayar gaji oleh KTM sehingga 2019 bebas untuk bersama mana-mana pasukan termasuklah menguji jentera, berlumba dan tidak akan diganggu seperti kenyataan awal yang dibuat oleh Pit Beirer, Prinsipal KTM Factory daripada mengambil tempat dengan pasukan lain sebelum 2020.


Zarco dijangka akan kembali kepada Yamaha sebagai pelumba uji bagi musim 2020 dimana beliau memulakan rentak cemerlang bersama Tech 3 sebelum menerima nasib malang menunggang KTM.

Honda telah mensasarkan Zarco musim ini sebagai rakan sepasukan Marquez sebelum beliau sendiri memilih KTM.


Tiga pusingan merupakan peluang keemasan buat Zarco sebagai kayu ukur sama ada beliau betul – betul berada pada prestasi yang mantap untuk LCR Honda atau tidak dengan membawa jentera yang sedikit lama.


Honda pula mengalami masalah yang hampir sama ke atas Jorge Lorenzo yang juga mempunyai kontrak sehingga penghujung 2020 bersama rakan sepasukan Marc Marquez tetapi agak tertekan sejak menyertai pasukan dan tiada cara untuk mengembalikan prestasi ke tahap yang lebih baik.


Nakagami pula dijangka akan bersama LCR sehingga 2020 tetapi perjanjian beliau masih belum ditamatkan. Semasa di Buriram, Nakagami berkata segala persiapan kontrak hampir selesai dan berharap akan mengumumkan secepat mungkin.


#MotoGP #JZ5 #KTM #Honda

6 lihatan
Untitled design (23).png

Breaking News:

Malaysia Antara Senarai Kalendar MotoGP 2021

Breaking News : 

Breaking News:

Logo w Text Official_edited.png

News & Opinion Blog

IKUTI MEDIA KAMI: 

JADI PEMBACA YANG TERAWAL 

Terima artikel kami secara percuma dan kami akan sediakan bahan terbaru bagi bacaan anda.  

  • TikTok
  • Instagram
  • White Facebook Icon

Membawakan isu terkini kejohanan Malaysian Cub Prix, Asia Road Racing, CEV Repsol, MotoGP & FIM Supermoto secara eksklusif kepada peminat sukan permotoran dunia. Ikuti kami disemua platform media sosial. 

Penggunaan web ini tertakluk di bawah Terma & Syarat dan Polisi Kerahsiaan kami. Hakcipta Tarmac Sports 2020. Sebarang kandungan tanpa notis keizinan adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta © Tarmac Sports . 2020